Apabila Kereta Terbang
Bagaimana kenderaan tanpa pemandu boleh
mengubah cara bermesyuarat, perkilangan, keselamatan, dan banyak lagi
Photo by: Alvaro Dominguez
Kereta telah lama menjadi simbol segala yang besar dan
segala-galanya yang dahsyat tentang Amerika. Dalam satu tangan: ia memberikan kebebasan,
individualisme, kuasa, dan kelajuan. Pembukaan
berjuta-juta batu alam semulajadi yang
liar melalui pelbagai infrastruktur
jalan raya, lebuh raya, dan kemudian interstates. Juga kita melihat kapasiti
industri-Pittsburgh keluli Amerika, getah Akron, dan kilang Detroit berkembang
selari dengan teknologi kereta.
Tetapi di sisi lain: wujudnya SUVs dengan penggunaan
gasolin besar. Trafik dan terkapar. Peninggalan transit massa. Wujudnya pinggiran bandar “suburb” dan
kemudian “exurb”, dan tidak dapat dinafikan wujudnya untuk pengasingan bangsa
dengan perpindahan bangsa orang putih ke tempat-tempat pinggiran yang terpilih.
Kemerosotan Rust Belt, hampirnya runtuh
tiga buah syarikat besat pengilang kereta semasa Kemelesetan Besar 2008, dan kematian
yang perlahan sektor perkilangan Amerika dan kerja kolar biru.
Kini, selepas empat dekad dengan belenggu tersebut,
perkara-perkara yang nampak lebih baik untuk pembuat kereta Amerika, dengan cara yang
sukar untuk kita bayangkan hanya 10 tahun yang lalu. Namun perubahan ke hadapan
tidak akan mendamaikan masalah yang besar dan dahsyat yang telah berlalu;
sebaliknya, konflik antara kebebasan dan masyarakat, kuasa dan ekuiti, akan
bermain di dalam cara-cara baru. Berikut
adalah apa yang mungkin akan menjadi masa depan kereta.
1.
Langkah
Kecil Ke arah Autonomi ...
Google, Tesla, dan Uber-syarikat yang masih belum wujud
apabila Toyota memperkenalkan Prius, pada tahun 1997-telah menjadi pemain utama
dalam industri kereta. Kedua-dua Google
dan Tesla bertujuan untuk memperkenalkan autonomi sepenuhnya kereta-iaitu,
kereta yang memandu sendiri-dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dan Uber
baru-baru ini menubuhkan sebuah pusat R & D “research & development”) di Pittsburgh dengan bertujuan ke arah
menyambut ketibaan kereta tanpa pemandu di masa depan.
Kereta pandu sendiri dijangka akan lebih selamat daripada
kereta yang dipandu oleh manusia.
Walaubagaimana pun, jika kereta robot pertama berada di jalan raya dalam
tempoh beberapa tahun akan datang, sebahagian besar daripada kita mungkin tidak
akan melepaskan teknik memandu sendiri sepenuhnya bagi tahun sekurang-kurangnya
15 atau 20. Dalam pada itu, kereta
tradisional secara beransur-ansur akan mengambil alih aspek-aspek tertentu
memandu.
Syarikat pengeluar kereta telah menambah ciri-ciri
separa autonomi untuk kereta sejak tahun 1990-an-perkara seperti kawalan suai
pelayaran (“cruise control”), yang menggunakan sensor untuk menyesuaikan
kelajuan kereta berdasarkan trafik di hadapannya, dan cara letak kereta di tempat selari (“parallel parking”) secara
automatik. Sesetengah kereta secara
automatik akan berhenti atau sekurang-kurangnya memperlahankan perjalanan bagi
pemandu yang tidak memijak brek dalam masa yang cukup untuk mengelakkan perlanggaran,
dan dalam model Mercedes-Benz 2017 tertentu, pemandu akan dapat untuk menukar
lorong hanya dengan mengalih tombol giliran isyarat untuk dua saat sahaja
(kereta akan menukar lorong secara automatik). Dalam masa beberapa tahun, kereta mungkin
boleh menentukan bila kemalangan berlaku dan membuat penyesuaian dengan kerusi
kabin yang bergerak, membuka atau menutup tingkap, dan menarik balik stereng.
Malah lebih baik daripada membuat persediaan untuk
kemalangan, ialah sudah tentu, dengan menghalang kemalangan dari berlaku. Sesetengah kenderaan mengeluarkan amaran
apabila mereka mengesan, melalui kamera dan sensor, bahawa pemandu semakin
mengantuk. Kereta masa depan mungkin
mengambil alih untuk pemandu yang mengantuk - atau secara automatik menarik
kereta ke tepi jalan dan dimatikan enjin.
Penggunaan ukuran biometrik boleh membantu proses ini. Jika kereta yang mempunyai sensor yang boleh
mengukur kadar pernafasan dan jantung pemandu, kereta boleh beralih ke mod
pandu sendiri apabila pemandu yang mempunyai serangan jantung atau pengsan.
2.
…Dan
Langkah Besar
Walaupun pengeluar tradisional perlahan-lahan menambah
ciri-ciri separa autonomi, Tesla mengambil pendekatan yang lebih agresif. Pada tahun yang lepas, kemas kini untuk
perisian dalam kenderaan Model S tertentu menambah keupayaan untuk beroperasi
melalui "autopilot": Kereta
itu kebanyakannya memandu dengan sendiri, tetapi pemandu boleh mengambil alih
sekiranya, sebagai contoh, kereta itu cuba untuk keluar dari lebuh raya “unbidden”
(tanpa disuruh)-seperti apa yang berlaku tidak lama selepas ia diuji dan diperkenalkan
pada tahun lepas. Setiap kali seorang
pemandu campur tangan, Tesla mendaftarkan pembetulan dalam perisian, yang
diedarkan di seluruh kumpulan pesawatnya. Idea ini memggunakan prinsip bahawa dari masa
ke masa, kereta akan menjadi lebih baik dengan memandu.
“Autopilot” Tesla berada dalam kawasan kelabu kawasan
kelabu dari segi pengawalannya, kerana kemas kini perisian kereta tidak memerlukan kelulusan National Highway Traffic Safety
Administration (NHTSA)-walaupun keadaan ini boleh berubah apabila
peraturan agensi mula mengejar teknologi. Ford atau GM akan mungkin tidak pernah meletakkan
apa-apa sistem belum dicuba ke dalam perkhidmatan awam, tetapi pelanggan Tesla
yang berteknologi ke hadapan kelihatan bersedia untuk mengambil risiko,
walaupun orang-orang lain yang terpaksa berkongsi jalan dengan mereka lebih
suka mereka tidak berbuat demikian.
Pada awal tahun ini, Tesla mengemaskini kan perisiannya
sekali lagi untuk menambah satu cara untuk "memanggil" kereta anda. Kereta itu boleh mencucuh enjin sendiri, membuka
pintu garaj, dan bertemu dengan kamu di jalan masuk kawasan rumah seperti
butler automotif. Buat masa ini, ciri ini
hanya bertujuan untuk digunakan hanya pada harta swasta, tetapi Tesla menjanjikan
gaya pemanggilan seperti siri TV popular “Knight Rider” pada masa akan datang:
kereta anda akan menyambut anda di lapangan terbang apabila anda kembali dari
lawatan atau “sync” dengan kalendar anda dan tahu di mana untuk menjemput anda
selepas mesyuarat di pusat bandar.
3.
Kereta
Yang Bercakap dengan Satu Sama Lain
Apps seperti Waze telah membolehkan pemandu untuk
memberi amaran kepada orang lain untuk pengetahuan tentang kesesakan lalu
lintas atau kemalangan. Tidak lama lagi
di masa hadapan, kereta akan boleh menyumbang secara automatik ke “mesh”
maklumat trafik dan lalu lintas yang dikongsi bersama melalui sistem komunikasi
kenderaan ke kenderaan. Di samping menyediakan
laporan trafik yang lebih baik, sistem yang di mana kereta akan sentiasa
menghantar lokasi, kelajuan mereka, dan lain-lain data dijangka menjadikan
pemanduan lebih selamat. Jika seorang
pemandu brek tiba-tiba, atau membuat satu pusingan buta, kereta akan
mengeluarkan amaran kepada orang lain yang berhampiran untuk membantu mereka
mengelakkan perlanggaran. NHTSA menjangka komunikasi kenderaan ke kenderaan
akan menyebabkan kurang ketara kemalangan setiap tahun. Sesetengah kereta tidak lama lagi akan mempunyai
system dalaman sebegini yang akan muncul dalam model Cadillac dan Mercedes-Benz
2017 tertentu-tetapi sistem papan pemuka yang dipasang, sama seperti dengan unit GPS asal, juga akan
menjadi satu pilihan.
4.
Kereta
Menjadi Seperti Bilik Persidangan
Sebaik sahaja kereta mempunyai autonomi sepenuhnya,
ianya tidak perlu mengambil bentuk yang telah dipunyai lebih daripada satu
abad. Satu reka bentuk konsep adalah
Mercedes-Benz F 015, yang mengubah kenderaan ke dalam "ruang hidup
digital." Di dalamnya, kerusi
berpusing untuk menghadapi satu sama lain, dan beberapa skrin/teknologi membenarkan penumpang untuk menghiburkan diri
atau bekerja.
Dalam erti kata lain,
kereta boleh bertukar kepada Bilik Persidangan, majikan boleh mula menuntut
bahawa orang menggunakan perjalanan berulang-alik dengan lebih produktif.
F 015 mempunyai reka bentuk anggun dan cantik-ia
kelihatan seperti peluru perak tetapi gaya boleh menjadi “passé” dalam kereta
masa depan. Kereta autonomi bekerja
terbaik sebagai armada dan bukannya sebagai harta sebagai peribadi, kerana
kereta yang boleh memandu sendiri boleh digunakan walaupun anda tidak berada di
dalamnya, dan syarikat-syarikat teknologi yang membuat mereka lebih suka untuk
menjual perkhidmatan dan bukannya produk.
Akhirnya, pemilikan kereta boleh menjadi satu perkara yang telah berlalu.
Ini bermakna timbulnya saat yang menamatkan kebanggaan
dan keperibadian untuk memiliki kereta sendiri. Belum lagi yang hidup dengan yang satu. Mungkin juga garaj, asas hebat seni bina pinggir
bandar, akan menjadi perkara relik. Begitu
juga dengan tempat letak kereta dan yang seumpamanya, ini akan membebaskan
hartanah berharga untuk sebuah kehidupan bandar yang lebih hijau dan lebih
padat. (Sementara itu, “exurb” boleh
berjaya jika rakyat tidak lagi takut untuk memandu jauh ke tempat kerja.) Anak-anak anda mungkin akan berfikir sedikit
tentang jenis kereta yang mereka naik sama seperti yang anda lakukan sekarang
untuk jenama kereta api bawah tanah yang anda ambil.
Keadaan mungkin kelihatan indah kerana anda tidak perlu
membiayai, memandu, atau meletak kereta, pasti akan ada kelemahannya juga. Sebaik sahaja kenderaan autonomi berada di
mana-mana, membiarkan manusia berkongsi jalan raya sebagai pejalan kaki, pengayuh
basikal, atau pemandu boleh dilihat sebagai terlalu berbahaya. Konvensyen memandu seperti lampu isyarat dan
laluan berdedikasi untuk pembelokan seterusnya boleh menjadi usang, dan transit
boleh berkembang menjadi jaring “pretzled” robotik yang tiada otak manusia
boleh mengemudi.
5.
Di
Mana Adakah Kereta Terbang?
Kereta terbang telah menjadi sebahagian daripada impian
sains fiksyen kami sejak Henry Ford memberi lapangan tentang kapal terbang
peribadi pada tahun 1926 – Bahagian unit pesawat Ford sebenarnya cuba untuk
membina sebuah "Model T dari udara." Sembilan puluh tahun kemudian, setelah banyak
prototaip dibuang di “junkyards” atau tempat sampah dan disimpan pengumpul
'garaj, tetapi tetap tiada produk pasaran massa yang berdaya maju yang pernah
muncul.
Ini mungkin
masih boleh berubah. Calon-calon terkini
termasuk Skycar, prototaip kereta-terbang, dan Ehang 184, elektrik quadcopter
autonomi yang diperkenalkan pada “Consumer Electronics Show” 2016
di Las Vegas. Pada tahun 2013, sebuah
syarikat bernama Terrafugia mengumumkan rancangan untuk sebuah kereta terbang sendiri;
ia menjangka untuk mempunyai prototaip yang bersedia untuk ujian pada tahun
2018. Komersial model akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun lagi.
Apabila kereta terbang tiba di pasaran, ia mungkin akan
mempunyai kos sekurang-kurangnya beberapa
ratus ribu dolar. Kereta terbang mungkin
menggantikan Lamborghini atau Bentley sebagai kereta status golongan kaya. Tetapi bagi kebanyakan orang, ia akan kekal
mimpi, ataupun masih lagi salah satu produk sains fiksyen.
Oleh: Ian Bogost (May 2016) Diadaptasikan ke Bahasa
Malaysia oleh: Affa
No comments:
Post a Comment