“Transponder” bermaksud “Transmitter” (Pemancar)
+ Responden.
Cip “transponder” di dalam pemegang kunci kereta
membolehkan adanya tindak balas kawalan immobilizer kereta untuk menghidupkan
enjin. Majoriti kereta yang dibuat
selepas tahun 1995 mempunyai cip “transponder”.
Tanpa cip yang betul, enjin tidak akan hidup.
Apabila kunci kereta dihidupkan di “ignition”,
unit kawalan enjin (ECU = “electronic control unit”) kereta akan menghantar
satu mesej elektronik kepada kunci, dan ia membolehkan kereta untuk memulakan
enjin hanya dengan syarat ia menerima mesej yang betul kembali. Tindak balas dari cip di dalam pemegang kunci
mestilah diprogram dengan betul untuk memastikan enjin boleh hidup apabila
kunci digunakan.
Nik Auto Key Sdn Bhd (Telefon: 09-742-1092 atau
014-500-2814) boleh memprogramkan cip baru dan memotong gigi kunci untuk
membuat kunci pendua yang baru. Langkah
keselamatan kereta dengan menggunakan cip “transponder” di dalam pemegang kunci
membuatkan kereta susah untuk dicuri dan kos untuk membuat pendua agak
mahal. Namun begitu, harga Nik Auto Key
Sdn Bhd adalah berpatutan dan boleh dirunding.
No comments:
Post a Comment