Tuesday, August 23, 2016

Prinsip Immobiliser

Apakah anda mengetahui adanya mmobilizer pada kenderaan kereta anda?  Bagi anda yang belum mengetahuinya apa itu immobilizer, immobilizer ialah sebuah system keselamatan pada kereta yang akan melumpuhkan kereta jika anda menggunakan kunci yang salah untuk menghidupkan enjin kereta . Sistem Immobilizer terdiri daripada transponder yang berada di anak kunci, lampu indicator Immobilizer Control Unit, IMOES Unit dan juga ECM atau Engine Control Module serta PCM atau Powetrain Control Module.

Sistem immobilizer ini bermula sejak pada saat kunci kereta di masukkan ke dalam ignition switch dan di putar ke kedudukan on, maka immobilizer control unit penerima akan menghantar isyarat ke transponder ke kunci, dan kemudian transponder yang berada di kunci akan menghantar isyarat balik yang berisi kod melalui Immobilizer Control Unit Penerima ke Engine Control Module (ECM).

Jika kod kunci sesuai dengan kod yang telah berdaftar pada ECM dan PCM, maka enjin kereta akan dapat dihidupkan, Namun jika kod tidak sama atau tidak di kenal oleh ECM , maka kenderaan tidak boleh di tidak boleh di hidupkan . Hal tersebut sebahagian daripada tindakan keselamatan kenderaan kereta dari  cubaan pencuri.  

Seperti contoh berikut ini, kerana ketidakberpengatahuan, seseorang yang baru sahaja membeli kereta 2nd hand yang kebetulan pada kereta tersebut cuma ada satu kunci.  Sangsi pemilik kereta tersebut kuncinya hilang maka orang tersebut membuat kunci ganti, namun ketika hendak menghidupkan kereta dengan kunci ganti tersebut kereta tidak boleh hidup. Hal tersebut adalah kerana pada kereta tersebut telah menggunakan system immobilizer sebagai keselamatan.  Demikianlah maklumat mengenai apa itu immobilizer, dan prinsip cara kerjanya , semoga artikel di atas bermanfaat untuk anda dan semakn menambah ilmu mengenai dunia automotif .

Terima kasih


No comments:

Post a Comment